Monday, February 6, 2012

OK TAKUT!!!

Dah masuk 2012, seram nye nak SPM ni, wlaupown lma lg, tapi takot gila, slama aq bljaq sc ni, bpe pratus jew aq btol2 phm, da la asyik malas jew, Ya-Allah, berilah aku kerajinan...tak tahu knapa masih nak main2...haha.peace yaww!

Monday, October 31, 2011

Tak PAHAM!

Aku x phm y suma org jd cmni...law aq salah gtw laa...jgn la wat cmni...aq pown ada hati la.... fine...nk ignore aq en..kbye!

Saturday, October 15, 2011

Hari Jadi Dia~

Law kamu suma nk tw, aku nk sgt main bola bwh 16 coz nk bg adaih kt dy melalui membe dy kt kolah tu, aku tw aku msti jumpa dia pnya, td ada la msg sikit ngan dia, msg pnya msg, aku  tnya la, ''ila x wt ke birthday party ke ky umah??'' then dy reply ''xbsaq, x wat pown, tp mggu depan nk celebrate nan someone'' aku trus tulis bye~

Saturday, September 24, 2011

It's hard actually

It's hard actually, tp trpksa aq telan, nk uat cmne, lpekan jew la amin, dah prempuan tu da happy, kcow pa depa tu, biar jew la...da nasib ag cmni, nk uat cmna, akur jew la,,,,sapa suwuh lambat?? ermmm,,,anyway,,,sok da nk alik SP, rndu kasut bola aq,,,,hehe!

Thursday, September 22, 2011

Esok nak g KL!

Esok ayah aku ada meeting kt KL, mggu lepas  prgi da, mggu ni prgi lg....ermmm...x pe la....sronok g KL, mcm2 org aq tgok, tinggi, rndah, bulat, nifis, hitam, putih suma ada..hehehe

Episode 10-Cintaku Di Alexandria (LAST PART)~

  ''Eddy, jom kita ambil gambar kat tasik tu, kat sana mubgkin tak ada tasik yang cantik macam ni'' kata Pn Cassandra kepada Eddy. Dia dibawa oleh Eddy kemana sahaja sebagai pengamatan terakhir sebelum mereka berlepas, tetapi Eddy tidak tahu yang niat ibunya hanyalah hendak Eddy mengenang kenangan lalam dia bersama Nadia. Oleh itu, dia menyuruh Eddy membawa ke setiap tempat yang pernah menyaksikan kesetiaan Nadia dan Eddy.
          ''Lepas ni kat pokok tu, dah tua dah pokok tu, rasa macam baru semalam korang main layang-layang kat sini''
      ''Ya, Eddy dan Nadia lah yang tanam, tak sangka kami lupa nak menjaganya, tapi masih teguh lagi, pokok-pokok sekelilingnya pun subur. Ermm...''

        ''Nak, ia macam cinta kamu berdua, walau sudah sekian lama tak dijaga, ia semakin tumbuh dan membesar dan teguh sekali''
             ''Eddy berpura-pura tidak tahu dan cepat mengubah topik. ''Mama nak ke mana pula lepas ni?''
     ''Kita pergi makan sikit, mama lapar la''  ''0k!''

            ''Mama dah agak dah, kamu mesti akan bawa mama di sini, di sinilah tempat kamu dan Nadia makan cendol waktu kecil dulu dan apabila sudah maju, pembanguna semakin pesat, bangunannya pun sudah berubah. Eh! Sini juga kan kamu date dengan Nadia tempoh hari?''
         Eddy mengangguk    ''Jom Mama, kita bertuah kerana tak ramai orang hari ni. Yang ada hanya sebuah keluarga, sorang lelaki dan.....'' kata-kata Eddy tersekat apabila melihat Nadia dan Lily di sebuah meja. Ternyata dia silap mentafsir kemana dan dengan siapa Nadia keluar tadi.
          ''Dan..??'' tanya Pn. Cassandra.
   ''Jom masuk, ada 25 minit lagi'' Eddy tidak menjawab pertanyaan ibunya.

       Mereka duduk di meja yang paling jauh dari Nadia dan Liliy. Sengaja Eddy tak mahu Nadia perasan kelibatnya di situ.


         ''Kamu asyik tengok meja tu je dari tadi, bukan ada orang pun'' kata Pn. Cassandra
     Eddy bukan sengaja melihat meja yang kosong itu. Tetapi disitulah Nadia dan Eddy makan sambil gelak ketawa, namun Eddy harus mengakuinya bahawa dia akan pergi bersama kenangan yang ada. Dia sesekali memerhati wajah Nadia yang dahulunya tak lekang dari ingatan. Riak wajah seakan-akan cemas secara tiba-tiba. Eddy mengesyaki sesuatu tetapi terpaksa dilupakannya kerana Pn. Cassandra mengajaknya terus ke lapangan terbang.

***********************************************************************************

         ''Lily, hantar aku ke lapangan terbang. mungkin Eddy masih belum pergi.''
          ''Ye la, tunggu kejap, aku nak ke tandas''

       Selang beberapa minit kemudian mereka tiba di lapangan terbang. Nadia mencari-cari Eddy. Dipekiknya nama Eddy beberapa kali. Dia melihat skrin LED di dalam lapangan terbang itu dan melihat bahawa penerbangan ke Casablanca  akan berlepas 9 minit lagi. Dia tidak menghiraukan orang ramai yang melihat dia seperti cacing kepanasan. Rindu dan kesalnya sudah membuak-buak. Nadia ingin bertemu dengan Eddy, biarpun dunia sudah berbahagi kepada dua.
        Dia duduk di sebuah kerusi bersebelahan dengan seorang lelaki berkaca mata, topi, dan bertudung kepala. Biarlah siapa pun dia, Nadia tidak menghiraukannya. Dia kecewa kerana Eddy benar-benar meninggalkannya.
         ''Kenapa Eddy?? Kenapa awak tinggalkan saya?? Awak tak kesian ke kat saya? Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak, sayang'' Nadia berkata sendirian dengan nada yang agak sederhana
           ''Saya minta maaf Eddy, mungkin saya tak patut buat tak tahu pada cinta awak, cinta kita.....saya sayang awak Eddy..awaklah lelaki yang memahami isi hati saya dari kita sekolah rendah lagi'' sesekali terbit air mata yang menderu membasahi pipinya.
         ''Saya tak sanggup biarkan awak pergi. Saya takkan biarkan awak pergi!'' Nadia berkata sambil bangun untuk terus mencari Eddy, biarpun hanya tinggal 2 minit sebelum penerbangan ke Casablanca berlepas.

      .............''Saya tak pergi lagi lah awak....'' lelaki misteri sebelahnya itu mencapai tangan Nadia dan berdiri lantas membuka tudung kepala dan kaca mata hitmanya.

        ''Eddy?......EDDY!!!'' Nadia teriak kegembiraan dan memecahkan suasana di lapangan terbang itu.
 Tiba-tiba bergema lapangan terbang itu dengan pekikan semua orang disitu berkata......
           ''SUDIKAH AWAK MENJADI ISTERI EDDY??'' semua orang termasuk orang awam, pengawal, pegawai, eksekutif, pramugari di situ juga ada besama sekuntum bunga ros putih di tangan mereka.
        ''Hehe, saya perhatikan awak dari kafe tadi, saya cepat-cepat beli ros putih dan suruh diorang buat macam tu...dan saya ada permintaan nak dibuat kepada awak''

''.........Nadia Evandra Joanne, sudikah awak menjadi teman hidup saya seumur hidup?......'' Eddy melamar Nadia. Seluruh manusia disitu melutut kecuali Nadia.
     ''.....Saya sudi....saya sudi...'' Sekali lagi gamit suasana dan panorama dengan tepukan dan sorakan orang ramai. Eddy memeluk Nadia dan dihujani dengan lontaran bunga ros putih dari orang ramai. Semua bergembira. Pn Cassandra tersenyum melihat mereka kembali bersatu.
       Sekali lagi cinta itu milik mereka. CINTAKU DI ALEXANDRIA~~

Episode 9-Cintaku Di Alexandria

   Eddy menyorok di sebalik tiang kerana tidak mahu disedari oleh Adam kelibatnya itu. Tiba-tiba Nadia membuka pintu rumah. Eddy tidak sanggup melihat lagi. Dia terus lari masuk ke dalam rumah. Langkah kakinya terus ke dapur mencari segelas air.
          ''Relaks Eddy, relaks. Fuuuhhh!'' Eddy mengomel sendiri. Dia mengesat peluh di dahinya. Pn. Cassandra pergi mendapatkan anaknya.
         ''Sabarlah sayang, ...'' Pn. Cassandra menenangkan Eddy.
 Eddy menggenggam tangan emaknya. Dia memutuskan untuk terus pergi ke Casablanca. Maka mereka cepat bersiap-siap untuk ke lapangan terbang.

           ''Apa kau nak lagi? Antara kita dah tak ada apa-apa lagi tau tak?? Jangan datang sini lagi dah!'' Nadia berkata tanpa memberi peluang untuk Adam berkata apa-apa. BAAMMM! pintu rumah Nadia ditutup rapat sebagai simbolik bahawa Adam tidak boleh lagi memasuki pintu hatinya. Adam pulang hampa.....

          ''Mama, Eddy nak jumpa Nadia sebelum kita pergi airport boleh tak?''
     ''Boleh, tapi tolong mama angkat barang-barang ni masuk kereta dulu''

   Semasa Eddy sedang mengisi barang masuk ke dalam kereta, dia sudah tidak melihat Adam di muka pintu. Dia mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam terakhir dan terima kasih kepada Nadia atas segalanya. Loceng dibunyikan beberapa kali dan pintu pun dibuka, tetapi bukan Nadia yang membukanya.
                  ''Nadia ada tak Cik Nah? Nak pergi dah ni..''
       ''Dia baru je keluar dengan kawan dia. Kenapa nak?''
             ''Mesti Adam!'' kata hatinya.
      ''Nak Eddy....''
               ''Tak pe lah, saya pergi dulu.Bye!'' Eddy kemudiannya berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Nadia.
  ''Jom sayang, ada sejam lagi sebelum pesawat kita berlepas, mama nak pusing-pusing bandar sekejap. Dah jumpa Nadia?''

       Eddy hanya mengangguk dengan simpulan senyuman dibibirnya walhal Nadia tidak jua ketemu dan menyangka bahawa sedang bersama dengan Adam.

********************************************************************************

          ''Kau dengan Adam dah clash ke Nad??'' tanya Lily.
               ''Yes, that's why aku suruh kau amik aku tadi. Aku benci laki curang dan aku benci diri aku sendiri sebab buat Eddy merana sebab aku, kesian Eddy. Aku buat tak tahu je kat dia selama ni. Sekarang ni aku tengah tunggu jawapan dia. Aku bagi hadiah dekat dia semalam, dengan surat minta maaf. Tengah tunggu jawapan la ni, tetibe Adam datang. Eeeiiyyyy!''

         ''Bukan Eddy pergi Casablanca ke hari ni? Kau tak dengar ke?''

''WHAAATTT!!??''

(bersambung.......)