Eddy menyorok di sebalik tiang kerana tidak mahu disedari oleh
Adam kelibatnya itu. Tiba-tiba Nadia membuka pintu rumah. Eddy tidak
sanggup melihat lagi. Dia terus lari masuk ke dalam rumah. Langkah
kakinya terus ke dapur mencari segelas air.
''Relaks
Eddy, relaks. Fuuuhhh!'' Eddy mengomel sendiri. Dia mengesat peluh di
dahinya. Pn. Cassandra pergi mendapatkan anaknya.
''Sabarlah sayang, ...'' Pn. Cassandra menenangkan Eddy.
Eddy
menggenggam tangan emaknya. Dia memutuskan untuk terus pergi ke
Casablanca. Maka mereka cepat bersiap-siap untuk ke lapangan terbang.
''Apa kau nak lagi? Antara kita dah tak ada apa-apa lagi tau tak??
Jangan datang sini lagi dah!'' Nadia berkata tanpa memberi peluang untuk
Adam berkata apa-apa. BAAMMM! pintu rumah Nadia ditutup rapat sebagai
simbolik bahawa Adam tidak boleh lagi memasuki pintu hatinya. Adam
pulang hampa.....
''Mama, Eddy nak jumpa Nadia sebelum kita pergi airport boleh tak?''
''Boleh, tapi tolong mama angkat barang-barang ni masuk kereta dulu''
Semasa Eddy sedang mengisi barang masuk ke dalam kereta, dia sudah
tidak melihat Adam di muka pintu. Dia mengambil peluang ini untuk
mengucapkan salam terakhir dan terima kasih kepada Nadia atas segalanya.
Loceng dibunyikan beberapa kali dan pintu pun dibuka, tetapi bukan
Nadia yang membukanya.
''Nadia ada tak Cik Nah? Nak pergi dah ni..''
''Dia baru je keluar dengan kawan dia. Kenapa nak?''
''Mesti Adam!'' kata hatinya.
''Nak Eddy....''
''Tak pe lah, saya pergi dulu.Bye!'' Eddy kemudiannya berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Nadia.
''Jom sayang, ada sejam lagi sebelum pesawat kita berlepas, mama nak pusing-pusing bandar sekejap. Dah jumpa Nadia?''
Eddy hanya mengangguk dengan simpulan senyuman dibibirnya walhal Nadia
tidak jua ketemu dan menyangka bahawa sedang bersama dengan Adam.
********************************************************************************
''Kau dengan Adam dah clash ke Nad??'' tanya Lily.
''Yes, that's why aku suruh kau amik aku tadi. Aku benci laki curang
dan aku benci diri aku sendiri sebab buat Eddy merana sebab aku, kesian
Eddy. Aku buat tak tahu je kat dia selama ni. Sekarang ni aku tengah
tunggu jawapan dia. Aku bagi hadiah dekat dia semalam, dengan surat
minta maaf. Tengah tunggu jawapan la ni, tetibe Adam datang.
Eeeiiyyyy!''
''Bukan Eddy pergi Casablanca ke hari ni? Kau tak dengar ke?''
''WHAAATTT!!??''
(bersambung.......)
No comments:
Post a Comment