Thursday, September 22, 2011

Episod 2-Cintaku Di Alexandria

''Ape U ingat U boyfriend  I, U  boleh buat ape yang U  suka?? Lepaskan dia!'' tinta Nadia dengan nada yang agak tinggi.Adam terkejut,terpana sehingga tidak mampu berkata sebarang kata mahupun bahasa. Nadia menarik baju Eddy dari genggaman Adam lalu cuba memperbetulkan kolar Eddy.
''Hari ni hari kau, hari lain hari AKU!!'' kata Adam dengan melihat tajam ke arah Eddy. Adam berlalu pergi berasama rakan-rakannya.
''Awak tak apa-apa? Minta maaf kalau perangai Adam keterlaluan sangat tadi'' ucap Nadia lembut.Eddy hanya mengangguk lantas berkata
''Kenapa awak terlalu baik dengan saya, nanti Adam kata apa pulak.'' kata Eddy.
''Dia yang cemburu buta sangat. Geramnya!'' balas Nadia
''Erm..anyway, kelas saya nk mula dah, nanti kita sembang lagi, bye!'' katanya lagi
....''Awak....tunggu...'' kata Eddy.Tetapi Nadia hanya melambai ke arah Eddy.

Sedang Nadia bergegas pergi ke kelasnya, sehelai kain jatuh dari beg bimbitnya. Eddy terlihat dan terus mengambil kain kecil itu. Ternyata itu ialah sapu tangan Nadia.
Perasaan curiga terus menyelubungi seluruh tubuh Eddy.
"Ini kan sapu tangan yang aku beri 12 tahun dulu. Ah, tidak. Kau mengarut la Eddy. Takkan dia nak simpan sapu tangan buruk kau ni'' hati kecil Eddy bersuara. Eddy ingin tahu adakah ianya sapu tangan yang sama 12 tahun lalu atau hanya igauan Eddy yang sedang berselingkuh.
Perlahan Eddy membuka seluruh sapu tangan itu.

E.D.D.Y

Ternyata ia adalah sapu tangan yang sama. Eddy cuba menahan sebak. Dia tidak menyangka bahawa Nadia masih menyimpannya walau sudah sekian lama terpisah. Sapu tangan itu Eddy beri ketika berusia 8 tahun. Sewaktu itu mereka sedang asyik bermain layang-layang di taman permainan. Saat itu, mereka membuat layang-layang bersama dan kemudian terbangkannya tinggi menongkah awan putih kebiruan bersama-sama. Layang-layang mereka diikat disebatang pokok ceri tempat mereka bermain.

Tiba-tiba layang Nadia terputus, Eddy terus bangun dari duduk dan mengejar layang-layang Nadia. Semakin laju Eddy berlari, semakin jauh ia terbang. Eddy tidak menghirau sebarang perkara lain lagi dan yang ada di dalam akalnya ialah layang-layang Nadia.

''SSKKREEEEEETTTTTT!!!............BOOOMMM!!'' kedengaran bunyi kuat dari tengah jalanraya.


''EEEDD...EEDDDDYYYY!!'' jerit Nadia melenyapkan suasana. Pandangan Eddy kabur.

(bersambung.......)

No comments:

Post a Comment