(sorry kengkawan law episod ni agak bosan, aku bwu jew terluka hati dan perasaan, tp nk jgak uat utk korang, so, enjoy :-)
Pagi itu Eddy bangun seperti biasa, bahagia dengan hidupnya kini, dia
seakan-akan sudah dekat dengan impian dan hasratnya untuk mencintai
Nadia. Eddy bersiap-siap untuk ke kolej, dia bersarapan bersama ibunya,
''Mama tengok Eddy agak happy hari ni, ada apa-apa yang mama perlu tahu ke?'' usik Pn. Cassandra.
Eddy hanya tersenyum
''Eddy pergi dulu, bye~''
Pn. Cassandra terdenyum melihat telatah anaknya, Eddy.
Eddy tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Nadia. Dia ingin meluahkan
hasrat dan perasaan hatinya kepada Nadia. Bunga ros putih sudah dibeli
tadi dan hanya menunggu untuk di lepaskan di tangan Nadia.
''Kau nampak Nadia tak, Joe? Aku ada benda nak bagi dia ni''
''Entah la, tadi ada kat library, kenapa? Eh, aku dengar Adam kena
pukul dengan kau kat pekan hari tu, kau tak ajak aku , bro? Perrgghh,
kalau aku ada, kasi pancung terus. Baru dia tahu erti penyesalan.'' kata
Joe kepada Eddy
Eddy hanya berdiam. Dia tidak
menyagka perkara ini sudah tersebar di seluruh kolej. Orang ramai
semakin hangat bergosip mengenai Eddy dan Nadi dan Adam dipukul kerana
cemburu Eddy.
Eddy cuba mencari Nadia di
merata tempat. Dia semakin risau kerana pelajar lain seperti memulaunya.
Akhirya, di sudut taman kolej, Eddy terlihat Nadia sedang berlibur
bersama rakan-rakannya yang lain.
''Nadia, ni ada bunga untuk.......'' pantas Nadia melemparkannya di atas rumput.
'' Kenapa ni, Nadia?''
''Kau tahu tak aku benci orang yang suka menyibuk hal aku, yang kau
pukul Adam tu kenapa? Dia curang ngan aku, bukan kau....'' herdik Nadia.
''Tapi Nadia, Adam....'' Eddy cuba menjelaskan kepada Nadia, tetapi Nadia pantas memintas percakapan Eddy.
''Sudah, mulai sekarang, aku tak nak tengok lagi muka kau. K, bye'' kata Nadia sambil beredar dari situ.
........''Nadia, tunggu!''
Nadia tidak memperdulikan Eddy dan terus berjalan, tetapi di dalam
hati Nadia rasa amat menyesali perbuatan dia sebentar tadi. '' Mungkin
aku agak keterlaluan tadi'' kotak hati Nadia berbicara.
Eddy jatuh terlutut diatas rekanhan bumi, melihat Nadia pergi tanpa
berpaling kearahnya. Eddy mengutip bunga yang dilemparkan oleh Nadia
sebentar tadi. Dilihatnya begitu mendalam kekecewaan Eddy. Terasa berat
di kelopak mata Eddy menahan derusan air matanya.
''Semua pelajar dikehendaki masuk ke dalam Dewan Zorian II kerana kita
akan mengumumkan 'Homecoming Queen' Zorian College untuk tahun ini,
terima kasih'' suara chanselor kedengaran di setiap sudut kolej.
Eddy sudah hampa dan ingin terus pulang ke rumah. Dia tak mahu
menghadiri mana-mana kelas atau sebarang majlis pada ketika itu.
Tiba-tiba seorang professornya datang dan menghalang Eddy dari pergi.
'' Awak kena buat persemabahan sebentar lagi, cepat! Majlis nak mula dah.''
Eddy mulanya enggan tetapi setelah dipujuk oleh En. Ron beberapa kali, Eddy bersetuju.
''Tapi saya tak bawa gitar, prof.''
''Semua dah siap atas pentas, penyanyi je tak ada''
Eddy menghadap ribuan pelajar kolej ketika sedang berdiri diatas
pentas mega itu. Dia terlihat Nadia yang memandang ke tempat lain.
''Sebelum kita mengumumkan pemenangnya, mari kta dengar sebuah lagu
dari Eddy Veckrian dengan lagunya......, lagu apa Eddy?''
''Aaaa...aa..a..Saat Terakhir'' kata Eddy dengan nada yang perlahan.
''Saat Terakhir dari Eddy! teriak juruacara majlis itu,
''Lagu ni khas buat dia..terimalah...
C G
Tak pernah terpikir olehku
Am Em
Tak sedikitpun ku bayangkan
F C G
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri
C G
Begitu sulit kubayangkan
Am Em
Begitu sakit ku rasakan
F C G
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
F
Di bawah batu nisan kini
G
Kau tlah sandarkan
C G Am
Kasih sayang kamu begitu dalam
F
sungguh ku tak sanggup
G C
Ini terjadi krna ku sangat cinta
[chorus]
F G
Inilah saat terakhirku melihat kamu
C G Am
Jatuh air mataku menangis pilu
F
Hanya mampu ucapkan
G
Selamat jalan kasih
C G
Satu jam saja kutelah bisa
Am F
cintai kamu kamu kamu di hatiku
C G
Namun bagiku melupaknmu
F G
butuh waktuku seumur hidup
C G
Satu jam saja kutelah bisa
Am F
sayangi kamu di hatiku
C G
Namun bagiku melupaknmu
F G
butuh waktuku seumur hidup.....''
Airmata
sudah berlinangan di pipi Eddy, dia pelahan turun dari pentas dari
pentas dan keluar dari dewan besar itu. Nadia berpaling ke belakang
.........''....Eddy...'' hatinya berbisik. Nadia agak tersentuh dengan
nyanyian Eddy, dia tahu bahawa lagu itu untuk dia sebenarnya
''Touching gila mamat tu aku tengok.Wei, kau dengar tak ni, Nadia!''
Nadia seakan-akan tidak mendengar kata-kata Lily. Nadia juga keluar kerana ingin memohon maaf kepada Eddy.
''Woi, nak pergi mana tu, keputusan nak diumumkan dah!'' jerit Lily. Tetapi Nadia tidak menghiraukannya
**********************************************************************************************
Eddy pantas membawa Vetric tanpa arah, tidak berhenti lagi airmatanya.
Tiba-tiba, dia ingin berhenti sejenak di kafe yang pernah Eddy bersama
Nadia makan 2 hari lepas. Eddy pergi ke meja yang sama tetapi ada
sepasang suami isteri sedang menjamu selera. Dia mengambil tempat di
sebelah meja. Dia tidak menyedari bahawa Nadia sedang memerhatikannya.
Selepas mereka beredar, Eddy bangun dan pindah di kerusi itu, dia
melakonkan kembali saat Nadia merajuk, Eddy memujuk dengan ros putih,
Nadia tersentuh melihat perbuatan Eddy. Dia seperti ingin mengalirkan
airmata dan menyesali perbuatannya yang agak melampau pagi tadi.
Tiba-tiba Eddy disapa oleh seseorang yang sangat dikenalinya.
(bersambung............)
No comments:
Post a Comment