Thursday, September 22, 2011

Episod 7-Cintaku Di Alexandria

Pagi itu embun pagi hadir seperti biasa. Indah sungguh ciptaan Allah ini. Dijadikan-Nya tumbuh-tumbuhan yang pelbagai bentuk, rupa, dan kegunaan. Sudah menjadi takdir ataupun suratan  dunia apabila kita saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain.
               Eddy Veckrian melangkah ke pejabat En. Randy, dengan mengenakan kot hitam dan bertali leher putih, sungguh tampan tampaknya pemuda itu.

           Sebenarnya, En Randy yang  menegur Eddy semasa di kafe tempoh hari. En. Randy bersama seorang peguam duduk di hadapan Eddy ketika itu.
           '' Eddy, termenung jauh nampaknya, ada sesuatu yang bermain di jiwakah? Nadia ada bagi tahu yang uncle nak jumpa Eddy? Tak mengapalah, alang-alang ada dah berjumpa ni, En. Victor, ni Eddy, bakal pewaris Veckrian Industries Sdn. Bhd. tak lama lagi'' kata ayah kandung Nadia itu.
          Eddy tergamam, seperti tidak mengerti percakapan En. Randy.
      ''Ape maksud uncle??''
     ''Beginilah, nak. Sebelum ayah kau meninggalkan dunia, dia ada menulis wasiat. Dalam wasiat itu ada menyatakan bahawa kau akan mewarisi segala harta dan perniagaannya selepas umur kau 21 tahun, dan sehingga itu, uncle yang akan menguruskan perniagaan ayah kau. Lusa genap umur kau 21 tahun, oleh itu, uncle nak tanya kau ni, setuju tak ambil alih tempat uncle dan jadi sepertimana yang ayah kau nak ni?''

          Eddy bersetuju, legasi ayahnya begitu besar dan sangat terkenal di serata dunia.

            ''En Eddy, sila masuk'' panggilan setiausaha syarikat mega itu menghilangkan lamuna Eddy ketika iru. Eddy dipelawa masuk oleh seorang setiausaha muda ke dalam pejabat En. Randy. En. Randy menerang sedikit sebanyak tentang syarikat itu dan mengajarnya mengenai beberapa perkara mengenai pengurusan dan pemasaran. Selama seminggu Eddy mempelajarinya bersama En. Randy. pembelajarannya diberhentikan atas permintaan Pn Cassandra.

        ''Mulai sekarang, uncle akan jadi Assistant Manger dan kau akan menjadi Manager di HQ kita di Casablanca. Uncle akan  uruskan penerbangan kau lusa ni. Tapi Eddy...''
            ''Tapi apa uncle?'' tanya Eddy.
          ''Kau betul-betul dah bersedia ke alam baru ni?''
          ''Sudah semestinya, kalau ada uncle sebagai pembantu saya, saya tak risau dah.''
          ''Baiklah.''

        Eddy agak berat sebenarnya meninggalkan Alexandria kerana begitu resah untuk berpisah dengan Nadia, sesekali teringat Eddy pada kenangan waktu kecil dahulu, dia selalu dekat dengan Nadia, kemana sahaja ada Eddy ada Nadia. Tetapi kini dia benar-benar kecewa kerana Nadia usdah mulai berubah dan bukan lagi seperti yang Eddy kenal satu ketika dulu.

        ''Lily, kau ada nampak Eddy tak? Dah seminggu aku tak nampak dia.''
         ''Entah, aku bukan mak dia. Why my dear??''tanya Lily kepada Nadia

    Nadia hanya mendiamkan diri. Sudah puas dia mencari Eddy di seluruh kolej namun tidak juga ketemu. Dia rasa bersalah kerana menengking Eddy dengan begitu kasar di khalayak ramai. Mungkin itu punca dia tidak datang ke kolej selama ini. Nadia cuba mencari Joe untuk menanyakan kondisi Eddy dan sebab mengapa Eddy tidak datang ke kolej.

        ''Eddy tak ada, Joe pun tak nampak batang hidungnya'' hati kecilnya berbicara.

         Akhirnya pencarian dia membuahkan hasil. Dia terserempak dengan Joe di persimpangan jalan.




.........''Eddy, baru pulang nak? Mari sini sekejap,'' Pn Cassandra memanggil Eddy yang baru sahaja memasuki rumah.
Eddy duduk di sebelah ibu kesayangannya.
               ''Sekarang ni, Eddy ada tanggungjawab besar, kita akan pindah dari rumah ni. Kita akan mulakan hidup baru seperti yang kamu nak. Tapi sayang, macam mana dengan Nadia, kawan rapat baik kamu tu. Bukankah kamu berdua tak pernah berpisah dari kecil lagi. Nadia tahu kita akan pindah ni?''

          ''Nadia dah berubah, dia tak macam yang Eddy kenal dulu. Dia dah....lain mak.....'' Eddy berkata sambil menggengam tangan ibunya dan melihat terus ke anak mata Pn. Cassandra.
          ''Ada masalah ke? Kenapa tak bagitahu mommy?''
    ''Tak apa, kecil je. Eddy naik atas dulu ye'' Eddy berkata sambil melangkah kaki naik ke biliknya.
          Tetapi didalam hati Eddy, berat baginya membuat keputusan itu, dia mungkin tidak dapat melihat wajah Nadia lagi.


***************************************************************************


        ''APA??!! DAH BERHENTI?? Kenapa dia berhenti?? Dia ada bagitahu kau apa-apa tak kenapa dia berhenti?''
        ''Mana la aku nak tahu, yang aku tahu, dia dah berhenti 4 hari yang lalu''

     Nadia tertanya-tanya perihal apakah yang membuat Eddy menghentikan pembelajarannya di pertengahan jalan. Adakah kerana peristiwa pahit tempoh hari yang membuatnya berbuat begitu?  Nadia menunggu kepulangan Eddy di pintu rumah Eddy selepas berkali-kali mengetuknya. Tapi sayang sekali Eddy masih tidak kunjung tiba. Mahu tidaknya, Eddy dari awal pagi sudah bertolak ke bandar dan pulang pada lewat malam selepas selesai membeli barang, membuat pasport, Visa dan lain-lain, dan Nadia tertidur dihadapan pintu rumah Eddy.

             ''Eddy, kenapa Nadia ada kat sini?'' tanya Pn Cassandra selepas baru pulang bersama Eddy. ''Entah la'' Eddy berkata sambil keluar dan menuju kearah Nadia, Eddy merindui wajah comel Nadia yang sedang tidur sama seperti dahulu semasa Nadia tertidur di bahu Eddy yang sedang berehat di atas kerusi rehat.
        Eddy mendukung Nadia dan ingin membawanya ke rumah Nadia, tetapi tiba-tiba ada satu bungkusan kecil jatuh dari pangkuan Nadia.............






(bersambung..........)

No comments:

Post a Comment