Thursday, September 22, 2011

Episode 4-Cintaku Di Alexandria

''Nadia, awk ok tak?'' Eddy tertanya-tanya.
''Awak...awak ambil saya, boleh?'' kata Nadia lemah. Eddy mengerutkan dahinya. Risau mengenai keadaan Nadia.

''Awak ada kat mana?'' tanya Eddy.
''....Saya ada di Wallaby St.., cepat tau'' panggilan Nadia terputus. Eddy terus bingkas dari katil dan terus mencapai kunci Vetric di atas rak.
''Kau nak ke mana, Eddy?  Dah larut malam n'' tanya Pn. Cassandra yang sedang berehat di ruang tamu.
''Nadia telefon, dia perlukan Eddy'' kata Eddy kepada ibunya.
''Kenapa dengan dia? Cuba bagitahu mama ''
''Nanti Eddy bagitahu, mak tidur la dulu'' kata Eddy lantas pergi selepas mengucup dahi ibunya.

Hanya beberapa minit, Eddy sampai. Eddy melihat Nadia di atas sebuah kerusi rehat di sebalik jalan. Perlahan Eddy menghampiri Nadia.
''Awak, kenapa ni?'' kedengaran nada Eddy yang lembut.
Nadia terus memeluk Eddy. Eddy agak terkejut lantas melepaskan pelukan Nadia dengan perlahan.
''Adam...Adam curang dengan saya, saya ajak dia dinner tadi, tapi dia kata dia sibuk, jadi saya keluar dengan cousin. Tapi, saya nampak Adam dengan seorang perempuan dalam restoran tu, mula-mula saya percaya. Then, saya call dia, saya tanya dia ada kat mana, dia kata ada kat rumah tengah berehat. Sampai hati dia tipu saya..'' sayu kedengaran rintihan Nadia sambil teresak-esak menahan sebak.

Eddy cuba menenangkan Nadia. Eddy memujuk Nadia kembali
''Awak, sudah la ye. Mungkin dia ada sebab kenapa dia buat cam tu. Awak sabar ye....''

''Awak ingat tak masa aiskirim awak jatuh, awak menangis macam ni lah. Saya cuba pujuk awak tapi awk still menangis, lepas tu saya beli aiskrim baru. Baru awak senyum balik. Awak happy sangat masa tu. Awak mesti ingat Nadia, aiskrim tu awak makan, lepas tu habis kan? tapi kasih sayang dan perhatian saya takkan pernah habis sehingga nafas ini sudah bukan lagi milik kita.'' kata Eddy kepada Nadia
''Mana cousin awak?''
''Saya suruh dia balik dulu''
'Jom kita balik''

Nadia kembali tenang selepas Eddy cuba memujuknya. Eddy menghantar Nadia pulang ke rumah dan di dalam perjalanan pulang, Nadia memeluk Eddy erat seakan-akan tidak mahu berpisah dengan Eddy. Eddy berasa agak sedih kerana cinta Nadia dipermainkan oleh Adam.

''Awak tidur ye lepas ni, jangan fikrkan sangat. Ada masalah contact saya,'' kata Eddy. Nadia mengangguk tanda faham.
''Nadia, ni sapu tangan awak, awak jatuhkan siang tadi di cafe''
''Terima kasih'' Nadia berkata sambil tersenyum.

* * * * * *
Eddy begitu terkejut dengan peristiwa itu. Sesekali terbit perasaan marah kepada Adam. Tetapi dia berasa lega kerana telah meluahkan isi hatinya kepada Nadia secara tidak sengaja. Eddy terus memejamkan mata lalu tidur.

''Tak sangka Eddy begitu mengambil berat tentang aku. Tetapi kenapa aku tak nampak selama ni,ye?'' hati kecil Nadia berbicara seketika................

Telefon Eddy berdering pada tengahari tu, Eddy terjaga. Nadia menelefon Eddy
''Awak free kan hari ni? Teman saya lunch nak?'' Nadia berkata dalam telefon.
''Lunch apa awal sangat ni'' kata Eddy.
''Awal?? Tengok jam pukul berapa, awak baru bangun ke?''

Tidak sangka Eddy terlewat bangun hari itu. Dia menerima pelawaan Nadia untuk makan tengahari di Freeza N Food lalu terus menyiapkan diri. Pakaian kemas dikenakan kerana Eddy begitu teruja untuk berjumpa dengan Nadia. Sebelum sampai  sampai disitu, Eddy membeli sejambak bunga ros putih untuk Nadia kerana dia tahu Nadia amat menggemari ros putih.
''Lama awak tunggu?'' tanya Eddy
''Awak lambat 32 saat! Tak boleh dimaafkan'' Nadia memang seorang yang sangat mematuhi masa. Eddy hanya tersenyum.
''Nah, terimalah maaf saya'' Eddy memberi Nadia jambakan bunga ros putih itu. Ternyata senyuman kembali terukir di wajah Nadia''

Selepas selesai makan tengah hari, Eddy menghantar Nadia pulang. Eddy begitu gembira kerana dapat meluangkan lagi masa bersama Nadia. Dalam perjalanan pulang, Eddy di tahan sekumpulan lelaki bebaju hitam.
''Siapa korang ni?? Nak apa?? Duit?!'' tanya Eddy. Ada lebih kurang 10 orang yg sedang mengelilingi Vetric Eddy.

''AKU NAK NYAWA KAU!!'' jerit seorang lelaki di belakang Eddy...Eddy berpaling.....

(bersambung......)

No comments:

Post a Comment