Thursday, September 22, 2011

Episode 8-Cintaku Di Alexandria

Pn. Cassandra menyuruh Eddy membawa masuk Nadia ke dalam rumah kerana Nadia kelihatan sejuk berada entah berapa lama di situ. Eddy kembali ke luar pintu kerana ingin mengambil bungkusan kecil yang terjatuh dari pangkuan Nadia tadi. Eddy cuba melihat sekiranya ada nota kecil atau apa sebenarnya benda itu. Eddy tersenyum, apabila terbaca satu tulisan yang berbunyi 'To: Eddy Veckrian'.
          Itu adalah hadiah harijadinya. Tetapi mengapa baru hari ini dia hendak berikan? Eddy tertanya-tanya. Dia masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa, bersebelahan dengan Nadia.
          ''Mama dah telefon Mak Nah, nanti dia datang ambil Nadia. Eddy mesti penat kan? Pergi la berehat, esok kita nak jalan jauh'' kata Pn. Cassandra kepada anaknya.
          Eddy melangkah naik bersama hadiahnya itu. Dia benar ingin tahu apa isi hadiahnya itu. Dia membuka bungkusan hadiah itu dengan kemas. Ianya adalah sebuah jam tangan berjenama berwarna perak. Eddy terlihat ada satu lipatan kertas berserta dengan hadiahnya itu.

            Eddy membuka lalu membacanya.
           '''kepada temanku Eddy Veckrian, maaf kerana agak terlewat memberi hadiah ini kepada awak. Niat saya ingin berikan di kolej, tetapi awak sudah seminggu tak datang kelas. Joe kata awak dah berhenti. Saya ingin tahu kenapa awak berhenti belajar? Adakah kerana terasa dengan perbuatan saya tempoh hari? Kalau begitu, maafkan saya, saya tahu sikap saya cukup melampau kepada awak. Saya telah abaikan awak, sahabat baik saya hanya kerana mengejar nama dan popular di kolej. Saya sudah mengetahui cerita sebenar mengenai awak dan Adam, saya telah tinggalkan Adam kerana menipu dan mengkhianati saya, saya juga telah sedar yang awak banyak sangat berkorban demi saya sejak dari kita kecil lagi. Saya harap awak maafkan saya. Yang Benar: Nadia Joanne'''

         'Eddy terkesima. Gugur airmatanya menitis satu persatu. Sebak dia membaca surat Nadia itu. Dia turun kebawah kerana ingin mengejutkan Nadia dan mengatakan bahawa dia sudah memaafkan Nadia dan ingin menjelaskan kepada Nadia tentang kepergiannya ke Casablanca esok. Tetapi dia sudah tiada. Nadia sudah pulang ke rumahnya.
      ''Eddy, kenapa belum tidur ni? Eddy ok tak ni? kenapa mata merah?'' Pn Cassandra agak kaget melihat kondisi keadaan anaknya itu. Dia mengambil helaian kertas yang berada di tangan Eddy.

        Eddy memandang wajah ibunya lalu kembali ke biliknya. Eddy cuba mencari foto album di dalam kotak-kotak barang yang sudah dikemas rapi oleh ibunya untuk dibawa ke Casablanca nanti. Selang beberapa minit kemudian, Eddy menjumpai foto album yang tetulis satu frasa di atasnya ''KENANGAN TERINDAH''. Ternyata Eddy tergelak sendirian mengenangkan kembali kenangan yang akan dia tinggalkan nanti. Tiba-tiba
         ''Eddy, belum tidur lagi? Hurmm..Mama faham perasaan kamu sekarang, bersabarlah ye.'' Pn Cassandra berkata sambil memberi tiket penerbangan kepada Eddy
         ''Sekarang keputusan di tangan kamu, Mama tak kisah kalau Eddy nak ubah fikiran'' kata ibu Eddy sambil keluar selepas mengucup dahi anak tunggalnya itu.

             Eddy memandang ke tiket itu dan kemudiannya memandang pula foto album dia dan Nadia.

************************************************************************

         ''Good Morning! How your feeling today, dear?'' tanya Pn. Cassandra kepada Eddy. Eddy hanya tersenyum. Dia menjamah sedikit sahaja makanan dan ingin ke rumah Nadia memandang Nadia cuti pada hari ini. Dia seyum sepanjang langkah ke pintu rumah dan menarik nafas panjang sebelum melangkah keluar dari rumah. Sedang saja dia memandang ke arah rumah Nadia, dia terlihat Adam dengan sejambak bunga ros putih di luar pintu rumah Nadia. Eddy tergamam. Pn. Cassandra melihat segalanya ''Oh! my son...''

No comments:

Post a Comment