Belaian angin lembut menyusuri tingkap kamar Eddy Veckrian, pelajar
jurusan Sains Kejuruteraan Kolej Zorian semester 4 yang sedang dibuai
angan-angan.Memikirkan perihal cinta yang semakin memburunya dari hari
ke hari. Sedang dia hanyut dibawa arus lamunan, Eddy disapa oleh ibunya,
Pn. Cassandra Isaac
''Eddy termenung ape tu, sayang?''
''Eh, Mama. Lama dah sampai?'' tanya Eddy spontan.
''Baru sampai apanya, ni kan rumah kita. Hurmm...jom turun bawah, kta dinner sama-sama. Mama masak khas untuk Eddy'' kata ibunya lagi.
Padan
la eddy amat disayangi oleh ibunya, kerana dia merupakan satu-satunya
waris keluarga itu selepas kematian ayahnya 5 tahun lalu. Spaghetti Bolognese sudah
menjadi masakan kegemaran Eddy. Pn. Cassandra meskipun mempunyai banyak
pembantu rumah, dia lebih suka masak sendiri untuk anak kesayangannya
itu.
* * * * * * * *
Pagi
itu, Eddy agak lewat meskipun menunggang Vectric kerana kesesakan
lalulintas. Sejurus sampai di perkarangan kolej, pandangan Eddy di curi
oleh kerumunan pelajar-pelajar di sudut Info Zorian. Eddy berjalan
menuju ke situ kerana ingin tahu perihal apakah yang menarik perhatian
orang ramai disitu.
Rupanya senarai penuntut yang layak ke final dalam pemilihan Homecoming Queen Zorian College yang menjadi perhatian di situ.
''Nadia
Joanne'' Eddy terbaca nama yang berada diatas senarai. Eddy tersenyum.
Dia tidak menyangka bahawa gadis idamannya layak ke final.
Sedang Eddy asyik meneliti beberapa nama lagi, kedengaran di telinga Eddy deruman enjin motor di tapar parkir kolej tersebut.
''Kau tengok la si Adam tu, bukan main lagi dengan moto baru dia, RR je pun, 1 Alexandria dia canang. Side mirror kau lagi mahal dari motor dia tu. Tuihh!'' kata Joe, sahabat karib Eddy juga mengambil jurusan yang sama dengan Eddy.
Eddy
tidak menghiraukan Joe tetapi sedang memerhati gadis rupawan yang telah
mencuri hatinya buat sekian lama, Nadia yang juga merupakan teman
sepermainan Eddy sewaktu kecil dulu.
''Dah la tu Eddy, jom teman aku ke Kafe, aku tak sarapan lagi ni'' pujuk Joe selepas melihat rakannya begitu jauh melihat Nadia.
''Baiklah'' jawab Eddy lagi.
''Makan arr bro. Tak kan minum air kosong je.'' tanya Joe
''Aku
tak lapar'' kata Eddy sambil terus melihat Nadia besama Adam dan
rakan-rakannya yang lain sedang gembira di sudut Kafe itu.
''Kau masih minat kat Nadia tu ke?'' tanya Joe kepada Eddy.
''Baik
kau lupakan je la, nampak tak tu? tengah mesra ngan Adam. Kau cari
fasal dengan dia, aku x tanggung.......Woi Eddy! Kau dengar ke tak ni?
Malas aku nak layan kau ni'' kata Joe lalu pergi meninggalkan Eddy.
Tetapi Eddy masih tidak lekang menatap keayuan wajah gadis berdarah
kacukan itu.
''WOOIII!! KAU TENGOK-TENGOK
APA???? TAK PUAS HATI???'' sergah Adam dari jauh.Eddy hanya memalingkan
wajahnya ke tempat lain. Seluruh pelajar tergamit dan menumpukan
pandangan pada mereka berdua. Adam meluru ke Eddy lantas menarik kolar
baju Eddy
''Aku cakap dengan kau tak habis lagi! Kau
buat tak tahu je? APASAL KAU USHA NADIA??? KAU SUKA KAT DIA??'' kata
Adam dengan nada yang tinggi.
''ADDAAMMM!!'' jerit Nadia. Eddy dan Adam memaling ke Nadia........
(bersambung...........) :p
cite ape niee??
ReplyDelete