''Eddy, jom kita ambil gambar kat tasik tu, kat sana mubgkin tak
ada tasik yang cantik macam ni'' kata Pn Cassandra kepada Eddy. Dia
dibawa oleh Eddy kemana sahaja sebagai pengamatan terakhir sebelum
mereka berlepas, tetapi Eddy tidak tahu yang niat ibunya hanyalah hendak
Eddy mengenang kenangan lalam dia bersama Nadia. Oleh itu, dia menyuruh
Eddy membawa ke setiap tempat yang pernah menyaksikan kesetiaan Nadia
dan Eddy.
''Lepas ni kat pokok tu, dah tua dah pokok tu, rasa macam baru semalam korang main layang-layang kat sini''
''Ya, Eddy dan Nadia lah yang tanam, tak sangka kami lupa nak
menjaganya, tapi masih teguh lagi, pokok-pokok sekelilingnya pun subur.
Ermm...''
''Nak, ia macam cinta kamu berdua, walau sudah sekian lama tak dijaga, ia semakin tumbuh dan membesar dan teguh sekali''
''Eddy berpura-pura tidak tahu dan cepat mengubah topik. ''Mama nak ke mana pula lepas ni?''
''Kita pergi makan sikit, mama lapar la'' ''0k!''
''Mama dah agak dah, kamu mesti akan bawa mama di sini, di sinilah
tempat kamu dan Nadia makan cendol waktu kecil dulu dan apabila sudah
maju, pembanguna semakin pesat, bangunannya pun sudah berubah. Eh! Sini
juga kan kamu date dengan Nadia tempoh hari?''
Eddy
mengangguk ''Jom Mama, kita bertuah kerana tak ramai orang hari ni.
Yang ada hanya sebuah keluarga, sorang lelaki dan.....'' kata-kata Eddy
tersekat apabila melihat Nadia dan Lily di sebuah meja. Ternyata dia
silap mentafsir kemana dan dengan siapa Nadia keluar tadi.
''Dan..??'' tanya Pn. Cassandra.
''Jom masuk, ada 25 minit lagi'' Eddy tidak menjawab pertanyaan ibunya.
Mereka duduk di meja yang paling jauh dari Nadia dan Liliy. Sengaja Eddy tak mahu Nadia perasan kelibatnya di situ.
''Kamu asyik tengok meja tu je dari tadi, bukan ada orang pun'' kata Pn. Cassandra
Eddy bukan sengaja melihat meja yang kosong itu. Tetapi disitulah Nadia
dan Eddy makan sambil gelak ketawa, namun Eddy harus mengakuinya bahawa
dia akan pergi bersama kenangan yang ada. Dia sesekali memerhati wajah
Nadia yang dahulunya tak lekang dari ingatan. Riak wajah seakan-akan
cemas secara tiba-tiba. Eddy mengesyaki sesuatu tetapi terpaksa
dilupakannya kerana Pn. Cassandra mengajaknya terus ke lapangan terbang.
***********************************************************************************
''Lily, hantar aku ke lapangan terbang. mungkin Eddy masih belum pergi.''
''Ye la, tunggu kejap, aku nak ke tandas''
Selang beberapa minit kemudian mereka tiba di lapangan terbang. Nadia
mencari-cari Eddy. Dipekiknya nama Eddy beberapa kali. Dia melihat skrin
LED di dalam lapangan terbang itu dan melihat bahawa penerbangan ke
Casablanca akan berlepas 9 minit lagi. Dia tidak menghiraukan orang
ramai yang melihat dia seperti cacing kepanasan. Rindu dan kesalnya
sudah membuak-buak. Nadia ingin bertemu dengan Eddy, biarpun dunia sudah
berbahagi kepada dua.
Dia duduk di sebuah kerusi
bersebelahan dengan seorang lelaki berkaca mata, topi, dan bertudung
kepala. Biarlah siapa pun dia, Nadia tidak menghiraukannya. Dia kecewa
kerana Eddy benar-benar meninggalkannya.
''Kenapa Eddy??
Kenapa awak tinggalkan saya?? Awak tak kesian ke kat saya? Saya tahu
saya banyak buat salah dengan awak, sayang'' Nadia berkata sendirian
dengan nada yang agak sederhana
''Saya minta maaf Eddy,
mungkin saya tak patut buat tak tahu pada cinta awak, cinta
kita.....saya sayang awak Eddy..awaklah lelaki yang memahami isi hati
saya dari kita sekolah rendah lagi'' sesekali terbit air mata yang
menderu membasahi pipinya.
''Saya tak sanggup biarkan
awak pergi. Saya takkan biarkan awak pergi!'' Nadia berkata sambil
bangun untuk terus mencari Eddy, biarpun hanya tinggal 2 minit sebelum
penerbangan ke Casablanca berlepas.
.............''Saya tak pergi lagi lah awak....'' lelaki misteri
sebelahnya itu mencapai tangan Nadia dan berdiri lantas membuka tudung
kepala dan kaca mata hitmanya.
''Eddy?......EDDY!!!'' Nadia teriak kegembiraan dan memecahkan suasana di lapangan terbang itu.
Tiba-tiba bergema lapangan terbang itu dengan pekikan semua orang disitu berkata......
''SUDIKAH AWAK MENJADI ISTERI EDDY??'' semua orang termasuk orang awam,
pengawal, pegawai, eksekutif, pramugari di situ juga ada besama
sekuntum bunga ros putih di tangan mereka.
''Hehe, saya
perhatikan awak dari kafe tadi, saya cepat-cepat beli ros putih dan
suruh diorang buat macam tu...dan saya ada permintaan nak dibuat kepada
awak''
''.........Nadia Evandra Joanne, sudikah awak
menjadi teman hidup saya seumur hidup?......'' Eddy melamar Nadia.
Seluruh manusia disitu melutut kecuali Nadia.
''.....Saya
sudi....saya sudi...'' Sekali lagi gamit suasana dan panorama dengan
tepukan dan sorakan orang ramai. Eddy memeluk Nadia dan dihujani dengan
lontaran bunga ros putih dari orang ramai. Semua bergembira. Pn
Cassandra tersenyum melihat mereka kembali bersatu.
Sekali lagi cinta itu milik mereka. CINTAKU DI ALEXANDRIA~~
waa...terbaik my friend..haha..
ReplyDelete